INFO KENCING TIKUS - LEPTOSPIROSIS

INFO KENCING TIKUS - LEPTOSPIROSIS

Saturday, July 2, 2011

Lima kes terbaru kencing tikus di Kedah

Posted at  9:11 PM  |  in  

Lima kes terbaru kencing tikus di Kedah

ALOR SETAR 6 Ogos - Lima kes baru membabitkan penyakit kencing tikus atau leptospirosis dikesan di negeri ini menjadikan kesemuanya 11 kes membabitkan penyakit tersebut.



Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bagaimanapun berkata, lima kes tersebut ialah kes terpencil dan tempat jangkitan penyakit tersebut masih disiasat.

"Tiga kes dilaporkan di Hospital Yan, satu kes di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan satu lagi kes di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan kesemua mereka sedang menjalani rawatan.

"Sebelum ini, enam kes dilaporkan dan kesemua pesakit disyaki dijangkiti penyakit tersebut di Lata Bayu, Baling di sini," ujarnya selepas menghadiri Majlis Perhimpunan MCA Negeri Kedah di sini hari ini.

Penyakit kencing tikus atau leptospirosis mula mendapat perhatian ramai akhir Jun lalu apabila enam orang meninggal dunia disyaki dijangkiti bakteria melioidosis dan leptospirosis selepas menyertai operasi menyelamat di Lubuk Yu, Maran, Pahang.

Kini penyakit tersebut mula dikesan di Kedah apabila seorang disahkan maut manakala tiga lagi dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang setelah berkelah di kawasan rekreasi Lata Bayu, Baling.
Sehubungan itu, Tiong Lai meminta orang ramai menjaga kebersihan di kawasan rekreasi bagi mengelakkan berlakunya penyebaran penyakit kencing tikus atau leptospirosis di negara ini.

Jelas beliau, orang ramai juga perlu berhati-hati dan memilih restoran serta gerai yang bersih sebelum menjamu selera bagi memastikan makanan di situ tidak dicemari bakteria leptospirosis.

"Kementerian selalu mengingatkan pengusaha restoran serta gerai supaya menjaga kebersihan di kawasan perniagaan mereka.

"Pejabat-pejabat kesihatan daerah juga telah diarahkan untuk menjalankan kempen-kempen untuk meningkatkan kesedaran orang ramai supaya menjaga kebersihan," katanya.

Selain itu jelasnya, pegawai-pegawai di Jabatan Kesihatan Kedah juga telah diarahkan untuk memantau kawasan rekreasi di negeri ini yang disyaki tercemar dengan bakteria itu.



"Kawasan-kawasan rekreasi berkenaan iaitu Taman Rekreasi Puncak Janing di Kuala Nerang, Taman Rekreasi Lata Bayu di Baling dan Taman Rekreasi Bukit Wang di Kubang Pasu telah ditutup buat sementara waktu bagi tujuan pembersihan.

"Sampel air daripada kawasan-kawasan berkenaan telah diambil dan kawasan itu akan dibuka semula apabila disahkan bebas daripada bakteria tersebut," jelasnya.

Share this post

About Naveed Iqbal

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim venenatis fermentum mollis. Duis vulputate elit in elit. Follow him on Google+.

1 comment:

  1. whassap/sms #halautikus ke 011-18528271 unruk tempahan alat halau tikus ultrasonik. Teknology moden untuk halau tikus.

    ReplyDelete

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 Info Tentang Tikus. Blogger Template by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.
back to top