INFO KENCING TIKUS - LEPTOSPIROSIS

INFO KENCING TIKUS - LEPTOSPIROSIS

Saturday, July 2, 2011

Bila Penyakit Kencing Tikus Ini Di Jumpai?

Posted at  8:49 PM  |  in  punca

 Bila Penyakit Kencing Tikus Ini Di Jumpai?

Leptospirosis dijangka sebagai punca epedemik dikalangan pribumi Amerika sepanjang persisiran Massachusetts masa kini yang berlaku dengan ketibaan Pilgrims pada 1620 dan menghapuskan kebanyakan penduduk pribumu. Cadangan sebelumnya termasuk wabak (“plague”), demam kuning, cacar, influenza, demam campak, typhus, demam kepialu, trichinellosis, meningitis, dan jangkitan syndemik oleh virus hepatitis B dengan agen delta



Tiada satupun yang bertepatan dengan kesemua bukti seperti leptospirosis. Sungguhpun penyakit ini mungkin di bawa ke Dunia Baru oleh orang-orang Eropah, penyebarannya juga dipengaruhi oleh aktiviti harian berisiko tinggi oleh puak Pribumi Amerika. Hipotesis leptospirosis disokong dengan kejadian wabak moden yang dikenal pasti sebagai leptospirosis teruk, sesetengahnya diikuti dengan kadar kematian yang tinggi (Kepulauan Andaman pada akhir 1980-an, Filipina pada 2009, Ireland pada 2010).

Punca bagi epidemik ini kekal misteri, sementara wabak lain pada tempoh masa yang sama agak jelas diketahui. Epidemik dianggap kejadian penting dalam sejarah Amerika kerana kegagalan koloni Teluk
Plymouth mungkin bererti kegagalan koloni British di Amerika Utara

Sebelum digambarkan oleh Weil pada 1886, penyakit ini dikenali sebagai demam kuning jaundice berjangkit dan kemungkinan besar sama dengan penyakit Weil, atau icterik leptospirosis teruk. Semasa kempen Mesir, tentera Napoleon mengalami apa yang kemungkinannya demam kuning jaundice berjangkit. Demam kuning jaundice berjangkit berlaku dikalangan tentera semasa Perang Saudara Amerika. Ia juga dilaporkan di kalangan tentera di Gallipoli dan medan pertempuran lain semasa Perang Dunia Pertama, di mana keadaan lembab peperangan kubu parit menggalakkan jangkitan. Istilah yang digunakan pada awal abad ke-20 bagi menggambarkan leptospirosis termasuk denggi palsu Jawa, demam tujuh hari, demam musim luruh, penyakit Akiyama dan demam paya. L icterohaemorrhagieae dikenal pasti sebagai agen agen penyebab dalam wabak sebelum Perang Dunia Kedua di Jepun, di mana bercirikan demam kuning jaundice dan kadar kematian yang tinggi.

Share this post

About Naveed Iqbal

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim venenatis fermentum mollis. Duis vulputate elit in elit. Follow him on Google+.

1 comment:

  1. What to know about casinos and other games
    A number of casino games are streamed on Twitch as a 울산광역 출장마사지 means of 전라남도 출장안마 entertainment. Many of 부산광역 출장마사지 them feature free-to-play games 고양 출장안마 or 이천 출장마사지 even live chat. Some of the

    ReplyDelete

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 Info Tentang Tikus. Blogger Template by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.
back to top