Bahaya Serangan Adenovirus atau kencing tikus
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Al fatihah untuk allahyarham Mohd. Azizan Azidi, 25, dari Kampung Sayong, Kuala Kangsar, didapati mati akibat serangan jangkitan Adenovirus.(petikan daripada Kosmo, Khamis, 10/3/2011).
Allahyarham merupakan salah seorang pelatih konstabel di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, yang sebelum ini didakwa diserang virus misteri, meninggal dunia kelmarin setelah empat hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.
Menurut ibu allahyarham, (sebagaimana yang dilaporkan oleh wartawan Harian Metro, Oleh Mohd Husni Mohd Noor, “Polis Mati Dek Kencing Tikus”, edisi Khamis, 10/3/20110):
“Saya sangka dia demam panas akibat penat menjalani latihan dan tidak menyangka dia dijangkiti virus kencing tikus,” kata Zamilah A’ala, 52, ibu Mohd Azizan Azirid, 25, pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) yang meninggal dunia akibat diserang bakteria leptospirosis (kencing tikus) dan virus adeno, malam kelmarin.
Menurutnya, Azizan yang mengikuti latihan di Pulapol Jalan Semarak, Kuala Lumpur pernah menghubunginya mengadu demam panas selang seminggu selepas mula menjalani latihan di Pulapol, tetapi masih meneruskan latihan.
“Saya terkejut apabila dia dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 1 Mac lalu selepas pengsan ketika latihan kawat kaki.
“Apa yang saya tahu dia mengalami demam panas, cirit-birit dan batuk sebelum meninggal dunia,” katanya.
Salam ketabahan untuk Puan Zamilah sekeluarga di atas pemergian arwah Azizan yang maut akibat virus kencing tikus.
Allahyarham meninggal dunia, sebagaimana yang disiarkan di akhbar, dikatakan punca kematian allahyarham ialah virus kencing tikus.
Ini mengingatkan myraudhatulukhuwah kepada kejadian di Lubuk Yu dan beberapa insiden dalam negara kita.Kebetulan di persekitaran myraudhatulukhuwah juga berlakunya hujan dan sedikit banjir.
Jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika. Kes leptospirosis biasanya juga meningkat apabila musim hujan atau banjir.
Di sini, mari kita lihat apa itu virus kencing tikus, gejala dan simptom diserang virus kencing tikus, Kesan Komplikasi jangkitan, faktor dan golongan yang berisiko diserang virus ini, ujian mengenal pasti bakteria Leptospira Haiwan Peliharaan dan lain-lain lagi berkaitan virus yang bahaya ini.
Oleh itu, sama-sama lah kita menjaga kesihatan persekitaran kita demi kesejahteraan masyarakat bersama.
Apa Itu Virus Kencing Tikus?
Jangkitan kuman kencing tikus atau leptospirosis yang jarang berlaku itu dipercayai menular daripada haiwan kepada manusia dan kebiasaannya terjadi secara kebetulan.
INFO LEPTOSPIROSIS
- Jangkitan penyakit yang disebabkan bakterium.
- Menjangkiti manusia melalui pendedahan terhadap air kencing atau tisu haiwan yang dijangkiti
- Progres dalam dua fasa tanpa simptom khusus.
- Boleh didiagnos melalui darah, air kencing selain menggunakan ujian antibodi.
- Pencegahannya termasuk elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.
Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage,
Penyakit Swineherd’s, Demam pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart, Demam Canicola.
Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira sp. yang sangat tipis dan berbentuk pilin seperti mata gerudi.
Bakteria Leptospira juga boleh hidup dalam air tawar selama sebulan malah ia juga boleh membiak di air masin.
Seperti jangkitan bakteria lain, leptospirosis boleh dirawat dengan mengambil antibiotik seperti penisilin, streptomisin, eritromisin, tetrasiklin dan doksisiklin.
Apakah punca : Leptospirois berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’ Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus. Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia.
Kesan Komplikasi jangkitan : Kesan Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.
Faktor Risiko
- 1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran – misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.
- 2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.
- 3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
- 1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.
- 2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.
- 3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 – 100 peratus pesakit.
- 4) Batuk tidak berkahak ( 25 – 35 peratus pesakit)
- 5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku
- 6) Radang selaput mata
- 7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber – Infosihat.gov.my)
Lazimnya, bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. Jika kita pegang haiwan yang dijangkiti leptospirosis dan makan tanpa mencuci tangan, bakteria tersebut akan turut memasuki tubuh sebelum memasuki saluran darah.
Bakteria ini akan menggerudi sel-sel dalam badan termasuk hati dan buah pinggang. Malah, dua organ tersebut adalah lokasi utama pembiakan bakteria ini.
Akibatnya, sel-sel organ penting haiwan yang diserang bakteria ini akan rosak dan gagal berfungsi manakala pembuluh darah akan pecah sehingga membawa kepada kencing berdarah.
Dalam kes serius, leptospirosis boleh menyebabkan kematian. Tahap jangkitan berbeza antara individu atau haiwan mengikut daya ketahanan masing-masing.
Sukar untuk mengenal pasti jangkitan ini pada peringkat awal kerana simptom yang ditunjukkan sangat umum.
Pemeriksaan terperinci melibatkan ujian makmal, ujian darah, analisis air kencing dan beberapa ujian lain perlu dilakukan sebelum mengetahui ia berpunca daripada Leptospira.
Biasanya simptom akan menjadi lebih serius apabila penyakit memasuki fasa kedua dan ketiga kerana ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang dan kerosakan hati.
UJIAN MENGENALPASTI Bakteria Leptospira Haiwan Peliharaan
Kos ujian mengenal pasti bakteria Leptospira tinggi sehingga menyebabkan kebanyakan pemilik haiwan yang dijangkiti kuman itu hanya mengambil rawatan berdasarkan simptom yang ditunjukkan haiwan peliharaan mereka.
Untuk tujuan itu, antibiotik adalah pilihan utama namun ia tidak akan membunuh bakteria itu sepenuhnya sebaliknya hanya meredakan simptom jangkitan seperti demam panas, muntah, cirit-birit atau demam kuning.
Malah selepas tiga bulan ia sihat secara klinikalnya, bakteria itu masih ada di tubuhnya.
KITARAN HIDUP TIKUS
Banyak haiwan yang boleh menjadi pembawa kepada bakteria Leptospira, tidak kira ia haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, lembu, babi, kuda, anjing dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.Bagaimanapun, tikus dikesan sebagai penyebar utama bakteria ini kerana kitaran hidupnya yang suka makan dan tinggal di tempat kotor (menjadi tempat bakteria Leptospira membiak).
kitaran hidup tikus yang cepat membiak dan sukar dikawal membantu penyebaran bakteria dengan lebih meluas.
Jangka hayat tikus betina adalah di antara dua dan tiga tahun tetapi ia sudah boleh bunting dan aktif seks hanya dalam tempoh enam minggu.
Setiap kelahiran, tikus boleh melahirkan lima hingga tujuh ekor anak tikus. Tikus betina boleh bunting sebaik melahirkan anak.
Secara purata, dalam kitaran hidup seekor tikus betina, ia boleh bunting sehingga 28 kali dan melahirkan sehingga 170 ekor anak.
Iklim negara yang lembap menjadi faktor terbaik kepada pembiakan bakteria ini. Malah, pada suhu sederhana ia boleh hidup lebih lama.
KAWASAN YANG DIGEMARI TIKUS
Tikus gemarkan sampah dan air bertakung seperti di lorong belakang hotel terkemuka, kolong bawah tanah hinggalah ke petak sawah atau kandang kuda. Rumah yang dijaga rapi juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran makhluk perosak tersebut.
Bakteria Leptospira akan tersebar melalui cecair yang dikeluarkan oleh tikus seperti air kencing, air liur, darah, air mani dan najis.
PENULARAN VIRUS KENCING TIKUS
Tikus betina yang bunting boleh memindahkan bakteria tersebut kepada anak dalam kandungannya. Bakteria daripada kencing tikus juga boleh tersebar melalui air atau tanah. Menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia. Oleh sebab itu, pemakaian sarung tangan sewaktu melakukan kerja-kerja berkebun dan basuh tangan menggunakan antiseptik.
Jangkitan terus bakteria Leptospira daripada tubuh tikus jarang dilaporkan sebaliknya terjadi apabila haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing meminum air dari lopak yang sudah dicemari dengan kencing tikus.
Kebiasaannya kucing yang meminum air dari tempat bertakung yang telah dicemari kencing tikus berisiko tinggi untuk mendapat leptospirosis.
Pemilik kucing yang membersihkan kucing dan tersentuh dengan kencing, air liur, tisu atau permukaan lembap lain juga akan terdedah kepada jangkitan ini.
Oleh itu, kepada kawan-kawan yang ada memelihara haiwan peliharaan seperti kucing, arnab dan sebagainya, eloklah berhati-hati dengan haiwan peliharaan anda.
Diolah semula daripada ; Kosmo Online dan Berita Harian.
Salam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan virus kencing tikus dan memusnahkan dan mematikan sel virus kencing tikus dengan pantas
ReplyDeletejus herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dengan pantas…jangan tunggu sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..target rawatan sembuh terpantas untuk kencing tikus Cuma tiga hari sahaja untuk sembuh
hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi… Hubungi saya segera..nanti sy akn bmbing puan n tuan bgaimna hrus d lakukan n tndakn yg tpt perlu d buat msa kena virus kencing tikus n bgai mna hndak rwat kn... hubungi sy secepat mungkin
NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN
Layari laman web jusinfiniti.blogspot.my utk testimoni dan jika mahu lebih banyak lagi jadi lah ahli grup psakit2 saya anda akan bertemu lebih banyak pesakit2 yang telah sembuh dan juga pesakit2 yang masih sedang berjuang melawan kanser atau batu karang dan virus kencing tikus